About Me

My photo
Batu caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Hi there..my name is Yusmie..you can call me yus..I love 2 read book,playing computer games and doing some ex-treme sport,but,it depends on how much can I resist trough the sport.Ermm,what can I tell you anymore??well,I'am just a plain boy,with a daring minds!!!dont believe??try me...he..he..
Powered By Blogger

Friday, February 27, 2009

C.I.N.T.A??pe mende nye 2??



suatu persoalan yang penuh tanda tanya??Apa itu Cinta??he...he...

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

coretan 28 feb..


waktu sekarang menunjukkan pukul 1.40 AM..ape yang aku wat bejaga sampai time2 nie??x gheti2 nak tido ke??tapi nak wat cane kan,tetibe je aku rase fresh semacam je.Sebenarnye,aku pun risau gak tentang keputusan SPM aku.Ini bukan soal main2.Ini soal mase depan aku.Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada keputusan aku,demi membalas jasa ibu bapa aku.Jelaslah,tanpa mereka,siapalah kita ya???meskipun,aku sudah memulakan pekerjaan di tempat baru,kat2 area sri gombak ni jugak,tapi,aku masih merasakan ada sesuatu yang masih belum aku kecapi nikmatnya.Entah apa yang bermain di benak fikiran aku nie pun aku tak tahu.Kalau nak dibandingkan tentang PEREMPUAN??DUIT??bukan itu yang menjadi sasaran aku kat tangga paling atas sekali dalam kamus hidup aku,kalau korang nak tahu la kan..kan...cume,apa yang aku harapkan,kejayaan untuk mengiringi aku menerjah ke alam masa depan kelak dengan lebih berkeyakinan.Dunia sekarang..kalau dah lemah,tak nak baiki diri sendiri,toksah nak harap hidup kat dunia ni.Perlu aku ingatkan,bukan METERIALISTIK yang sedang aku persoalkan,tetapi,dari segi modal insan yang ada dalam diri masing-masing.Aku akui,bile dah abis SPM ni,bile tengok member2,sume syok sakan ngan awek masing2,aku jeles beb..bukan sebab tak laku or bukan nak kate ape la kan,cume,aku pun x ske nak jaga tepi kain orang ni,kain sendiri pun,belum tentu terjaga,ye tak???tapi,tu lah masalahnye.Aku rase,biarlah untuk mase ni,aku undur diri dahulu,walaupun,suatu mase dahulu,aku pernah berjinak-jinak dalam soal C.I.N.T.A ni.Seperti yang aku katakan dahulu,semuanya,aku merasakan sia-sia belaka.Takde ape lagi yang harus aku perkatakan tentang bab tu.Buat mase sekarang,tutup sekejap la.Banyak lagi bende yang harus aku fikirkan,daripada semua perkara tu...betul tak??kan??kan??kan??

tragedi kisah aku..jAngaN NAngis tAu!!


hello there..ari nie boring betul..ari yang aku jalani berjalan seperti biasa..cume aku nak kongsikan korang pasal mende nie..first-first,aku mula pembuka dengan utusan warkah abadi..assalammualaikum tuk sume pembace blog nie..apabila korang membaca kisah ini...bererti aku sudah mewakilkan kepada adik aku untuk menulis pemberitahuan ini..kerana aku sudah pun tiada..kepada yang mengenali aku,apabila membaca mesej ini,diharapkan banyak-banyak bersabar dan bertenang..kerana aku telah meninggalkan korang pada jam lapan pagi tadi,dan diharapkan agar diperbanyakkanlah berdoa kepada aku agar dirahmati ALLAH atas pemergianku sekaligus,meninggalkan bumi yang tercinta....dan tolong sebarkan kepada sesiapa yang mengenali diriku itu dan memaafkan aku..semoga aku akan selamat berada di angkasa...memang tidak disangka menjadi angkasawan yang kedua!!he..he...

Tuesday, February 17, 2009

keSAh AKu dAn CiNTa...


hari ini,aku terdengar lagu seperti dahulu-exist.Lagu nie,betul2 mengingatkan aku tentang C.I.N.T.A yang dahulunya,bakal aku dakapi,tetapi,semuanya hilang tanpa diduga.Aku kecundang dalam percintaan??bagaikan tidak percaya sahaja.Aku sayangkannya,namun,dia menganggap ia sebagai suatu lafaz yang mungkin tidak akan berkekalan.Perasaan aku di waktu tu,tuhan sahaja yang tahu.Ya!!!aku akui bahawa aku bukanlah seorang yang pandai dalam hal2 bercinta ini.Di sekolah,aku dikenali seorang yang JAHIL dalam percintaan,walhal,aku rahsiakan kisah C.I.N.T.A gelap yang pernah aku alami.Sudah agak lama aku merahsiakannya,namun,hari ini,biarlah aku meluahkan di BLOG setia ini,yang senantiasa ada untuk dicurahkan isi hati ku ini.Pernah dahulu aku ditipu,kerana perasaan bernama C.I.N.T.A ini.Rasanya,hendak ku bunuh sahaja perasaan ini,namun,sekiranya cinta dibunuh,maka,aku bukanlah seorang yang bernama insan bukan.Seorang gadis yang aku sayangi,hingga aku hampir hilang arah dan pernah juga mengalami kesempitan wang kerana semuanya ku habiskan terhadapnya.Almaklumlah,C.I.N.T.A ku yang pertama.Semua orang akan rasa teruja bukan,sewaktu mengenal C.I.N.T.A buat kali pertama??namun,perasaan itu jugalah yang menipu diriku ini,yang benar2 kurang paham tentang arti C.I.N.T.A yang sebenar.Pandangan ku buta,dek dilema wajahnya yang sungguh rupawan itu.Namun,seperti yang ku katakan di awal tadi,C.I.N.T.A itu tidak pernah hadir dalam diri insan yang aku dambakan cintanya itu.Apabila susah,akulah orang yang pertama dicarinya.Jikalau duitnya habis,aku jugalah insan pertama yang PASTI dicarinya.Mengapa tidak pernah ada ketulusan dalam percintaan ini??Akhirnya,DIA,berjaya juga aku lepasi genggamannya itu.Aku bebas menjalani kehidupanku seperti "NORMAL" kembali.
Seterusnya,setibanya,tahun seterusnya,aku dikejutkan dengan C.I.N.T.A kedua.Insan tersebut,tidak tinggal di MALAYSIA,sebaliknya,dia mengikuti keluarganya,yang menetap di luar negara.Kami berhubung melalui MYSPACE dan YM.Disanalah,aku mengenalinya.Semuanya terasa sungguh indah sewaktu dengannya.Meskipun hanya berbual begitu,namun,semakin lama,hatiku semakin terpaut terhadapnya.Namun secara tiba2,kami terputus hubunga.Comment ku di myspace,meskipun di YM semuanya tidak berbalas.Aku mensyaki sesuatu yang telah berlaku.Sehingga kini aku menantikan jawannya,namun masih tiada jawapan juga,sehingga lah hari ini.
Pernah juga,aku secara tidak sengaja menjumpainya,sedang ONLINE untuk YM,namu apabila aku cuba untuk ber"CHATTING" dengannya,lantas,dia terus OFFLINE.Jiwaku semakin gusar.Mengapa DIA bertindak sedemikian,walhal,aku tidak pernahpun melukai hatinya.Entahla...siapa tahu bukan??mungkin aku telah melakukan kesilapan juga sewaktu dengannya.Biarlah.Jika itu permintaanya,aku akur,tetapi,berikanlah penjelasan sekurang-kurangnya.Itu kisah lama.Aku tidak mahu mengingatinya lagi.Biarlah ia menjadi sebuah LAGENDA C.I.N.T.A yang bakal meruntun di dalam diri ini.Jika kau sedang membaca ini,aku mengharapkan kita akan kembali seperti dahulu,dan,jika benar,perpisahan jualah yang kau pinta,aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau bersama si dia.

"Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau baik seperti dulu
Menghapuskan rindu yang
Sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Ku dambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah
Rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu
Kau tak pernah jauh
Kau dihatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta
Sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cinta ku tak mudah
Rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak
Pergi jauh,intuisi ku"

*lirik lagu SEPERTI DAHULU..

-------------------------------------------------------------------------------------
P/s:itu dulu..sekarang mase tuk PERUBAHAN!!!bak kate pepatah.."DULU ABANG TAKDE WAWASAN,SEKARANG ABANG ADE WAWASAN..."he..he...chow dulu!!MEkaSih!!AssAlAMMuaLaIKUm!!!

Saturday, February 7, 2009

kerJa??lantAk la..


hari ini,aku memulakan hariku dengan seorang yang tidak bekerja lagi.Mengapa aku berhenti??ini semua disebabkan bos aku yang agak kurang professional dalam menangani staff-staf yang bekerja dengannya.Macamni ceitanya..sewaktu kami bekerja,kami mempunyai quota atau target harian yang mesti kami capai dalam satu hari.MISI kami:mencari customer seramai 50 orang dalam sehari untuk mendaftar sebagai pengguna POSTPAID CELCOM,namun,untuk mencari 50 orang,bukan lah suatu kerja yang mudah.Tanpa uniform,pergerakan kami didalam SHOPPING COMPLEX tersebut memang menyukarkan,disebabkan kerja kami sebagai PROMOTER memerlukan skill komunikasi dengan pelanggan dengan berkesan.Namun,apabila kami berjaya mencari 50 orang customer,dengan tidak semena-mena,komisen kami dipotong tanpa ada sebab yang munasabah.Tambahan pula,kami tidak diberikan cuti,walaupun pada hari itu adalah public holiday dan,sekiranya,kami demam atau sakit,surat MC kami tidak dikira,tanpa gaji.Disebabkan itulah,aku nekad untuk berhenti kerja,dan memutuskan untuk berhijrah ke tempat lain.Papehal pun,experience waktu bekerja aku dah merasa,so,its not a big deal to me.Harap,hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini...