About Me

My photo
Batu caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Hi there..my name is Yusmie..you can call me yus..I love 2 read book,playing computer games and doing some ex-treme sport,but,it depends on how much can I resist trough the sport.Ermm,what can I tell you anymore??well,I'am just a plain boy,with a daring minds!!!dont believe??try me...he..he..

Wednesday, June 9, 2010

aku dan matrik..


Assalammualaikum..
Rasanya,sudah sekian lama aku tidak update blog ini,so,hari ini,aku nak bagitau,akhirnya,aku berjaya memasuki matrikulasi di Kedah.lagipun,sudah setahun aku berada di sini,dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku di sini,sebagai seorang eX-PDT.Pelbagai kenangan yang indah mahupun pahit yang aku dapat di sini.Tak lupa juga sahabat yang banyak membantu aku untuk terus "survive" dalam matrikulasi ini.Program matrikulasi ini akan menjadi platform untuk aku melonjak ke peringkat degree dengan lebih yakin,InsyaAllah,dan apabila di tanya "course" yang akan diambil,aku ingin mengambil "sain Bio-perubatan".Sememangnya menjadi kesukaan aku untuk membantu orang yang berada di luar sana yang memerlukan vaksin yang semakin berkurangan untuk viral-viral baru yang muncul pada akhir zaman ini.Oleh itu,doakanlah aku agar berjaya mencapai cita-cita aku,demi ibu-bapa dan berkhidmat untuk masyarakat dan negara tumpah darah aku.Bacalah artikel dibawah,moga ia membawa kebaikan kepada sesiapa yang menginginkan kejayaan...


" 7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan.
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik atau rahsiarahsia
mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam
kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya
seperti berikut:
1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan
tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir
dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat
pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan
menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!
2. Tuliskan Matlamat
Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja.
Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara
yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.
3.Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa
yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.
4.Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda -
misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
5. Buat Perancangan
Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4. RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti
mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya. Ingatlah pesan Peter
Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan
meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).
6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya
mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang
– berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma
Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA
(Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus
asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. Fokuskan segala perhatian dan
tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Insya Allah, dengan diiringi
doa, keazaman, disiplin yang tiinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan
impikan"
There was an error in this gadget