
01.11.2010
Salam..sudah sekian lama aku tidak update blog nie..by the way,hari ini merupakan hari pertama bulan NOVEMBER..5 hari lagi,aku akan menyambut hari lahir aku ke-19 tahun..diam x diam,aku sudah pun meningkat dewasa..dan di situ jugalah bermulalah titik pertemuan antara aku dan dia..dia yang cukup aku sayangi..namun,mesti ada halangan dia antara kami..walau ape yang kami cuba lakukan,sentiasa ada halangan dan rintangan takdir yang menimpa..aku tidak menyalahkan takdir dan ketentuan Illahi terhadap semua ini..mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini..namun aku tetap redha dengan semua ini.Pertemuan yang sekian lama aku nantikan,akhirnya tamat begini sahaja.Cuti sem yang aku harapkan menjadi sebuah kenangan yang indah buat aku dan dia,habis begitu sahaja,meskipun cuti aku masih lagi berbaki 6 hari lagi,tapi semuanya tidak bermakna tanpa si dia yang aku sayangi.Bahkan,hari lahir aku,akan aku sambut seorang diri buat tahun kesekiaan lamanya,semenjak kali teakhir aku menyambut hari lahir.Bagi aku,hari lahir bukan menjadi suatu perkara yang ingin aku raikan,baik bersama kawan,mahupun keluarga...namun dia telah membuka hatiku untuk menyambut hari lahir ku buat julung kalinya.Aku sedih,namun disudut hati ku,aku masih menyayanginya,dan begitu juga dia..dan aku mohon pada tuhan agar jodoh kami ini dipanjangkan diredhai di jalan Illahi dengan cara yang halal,agar penyatuan antara kami menjadi sesuatu yang diberkati...amin...
No comments:
Post a Comment