About Me

My photo
Batu caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Hi there..my name is Yusmie..you can call me yus..I love 2 read book,playing computer games and doing some ex-treme sport,but,it depends on how much can I resist trough the sport.Ermm,what can I tell you anymore??well,I'am just a plain boy,with a daring minds!!!dont believe??try me...he..he..
Powered By Blogger

Monday, November 19, 2012

ringkasan "chapter 4".."PeMIkIran SebAgAi AsAS EtIkA dAn NiLAi-NilAI MOrAl..

Menurut R.B. Ashmore, Etika atau ethics berasal daripada kata Yunani, iaitu ethos. Maksudnya ialah adat atau kegunaan. Moral berasal daripada kata Latin, iaitu mores. Maksudnya sama dengan etika (1987).


V. Grassian (1981) mendefinisikan etika sebagai kajian falsafah tentang moral, yakni tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial, dan ciri-ciri kehidupan yang baik.


W.K. Frankena (1973) berpendapat bahawa etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.

Kamus Dewan (1995) mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga. Harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf, dan sifat ketinggian. Contoh-contohnya ialah agama, pemikiran, kemasyarakatan, dan sebagainya.

Eow (2001) menyatakan bahawa istilah nilai moral dan nilai etika biasanya digunakan bersama dengan erti baik atau betul dan bertentangan dengan ketiadaan moral (immoral) atau ketiadaan etika (unethical).
- dipetik dari http://drsharun.wordpress.com/2010/01/18/pemahaman-konsep-moral/

Apabila kita bercakap tentang moral,kita sering didambakan melalui pelbagai definisi moral serta etika yaang berada di dalam ruang siber. Sebenarnya,etika boleh diperincikan melalui 3 pembahagian,terdiri daripada :

1)ETIKA META
2)ETIKA NORMATIF
3)ETIKA GUNAAN

- ETIKA META atau etika analitis adalah sesuatu yang tidak berkaitan dengan fakta-fakta empiris atau sejarah, dan tidak mencerminkan dari segi kadar penilaian atau normatif. Meta-etika adalah mengkaji persoalan-persoalan etika, seperti soalan: apa makna dari penggunaan ungkapan "benar" atau "salah"?. Disamping itu,ia juga Merupakan etika yang membincangkan erti istilah yang di pakai dalam perbincangan etika, serta cara berfikir yang di bentuk, untuk membenarkan pernyataan-pernyataan etika.

- ETIKA NORMATIF merupakan etika yang menetapkan berbagai sikap dan perilaku yang ideal dan seharusnya dimiliki oleh manusia atau apa yang seharusnya dijalankan oleh manusia dan tindakan apa yang bernilai dalam hidup ini. Jadi Etika Normatif merupakan norma-norma yang da­pat menuntun agar manusia bertindak secara baik dan meng­hindarkan hal-hal yang buruk, sesuai dengan kaidah atau norma yang disepakati dan berlaku di masyarakat.

- ETIKA GUNAAN merupakan etika yang melibatkan kritikan dan melakukan penilaian keatas etika moral yang dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua. Ia diasaskan kepada rasional dan penakulan akal.
Teori utama yang banyak digunakan adalah teori deontologi dan teori telelogikal.

a) Teori deontologi menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan.
b) Teori telelogikal menilai baik-buruk berdasarkan tindakan.

Aliran-aliran Etika

a) Utiliarianisme
- Konsep utilitarianisme menegakkan fahaman bahawa segala keputusan yang dibuat
bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaanya.
- Matlamatnya adalah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada beberapa ramai orang.
- Pengasas konsep tersebut ialah Jeremy Bentham (1748-1832). Beliau telah
menghasilkan alat ukur untuk mengukur kebaikan yang dikenali sebagai, Kalkulus
Hedonistik Bentham.

b) Hedonisme
- Perkataan berasal drp Greek yg berasal drpd “hedo” bererti keseronokan.
- Hedonisme adalah falsafah yg menunjukkan tahap kebaikan paling tinggi kerana
bermatlamatkan keseronokkan.
- Falsafah ini muncul drpd pertikaian ttg konsep kesronokan dan kesengsaraan.

c) Eksistensialisme
- Jean Paul Sarte merupakan tokoh eksistensialis.
- Beliau telah menghasilkan karya ‘Being and Nothingness, beliau menyatakan bahawa
kewujudan mendahuli manusia. Ini menjelaskan bahawa manusia terjadi tanpa ada
penciptanya.

Kepentingan Beretika

Etika penting dalam menjalinkan kesefahaman etika yang sejagat dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Demikian jugalah,kepentingannya dalam mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga, organisasi, dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahgiaan.

AKHLAK ISLAM

Definisi

Pandangan tokoh tasawuf merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, beseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.
Aspek lain ialah hubungan dan pergaulan seseorang itu dengan persekitarannya seperti perselisihan yang berlaku sama ada rakan sekerja, jiran dan saudara mara.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
Tasawuf diertikan sebagai akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati, dan tasawuf bukan sahaja terdiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak.
Akhlak adalah bersumberkan daripada syarak dan semua aspek Ilmu Tasawuf merupakan akhlak terpuji.
Pendidikan akhlak juga dikenali sebagai tahdhib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang terdapat dalam diri seseorang.


Faedah akhlak mulia
Faedah akhlak mulia sangat besar disisi Allah S.W.T kerana orang-orang yang beriman sentiasa mencari keredhaan Allah dengan mengamalkan adab dan akhlak yang mulia agar mereka dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.

Lambang Keimanan Sejati
Seseorang yang berakhlak mulia akan menyinarkan cahaya keimanan yang baik dan tidak mendatangkan gangguan melalui ketenteraman yang disumbangkan merupakan asset yang sangat besar.

Bahaya Akhlak Buruk
Akhlak yang buruk akan meninggalkan kesan yang tidak baik seperti menyempitkan rezeki selain mampu mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti sentiasa merasa gelisah, bimbang dan keluh kesah.

Akhlak Manusia Secara Semulajadi
Imam Al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat sifat semulajadi:
Manusia yang bodoh tidak dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.
Manusia yang mengetahui perkara buruk tetapi tetap membiasakan diri melakukan perkara tersebut mengikut kehendak dan telunjuk hawa nafsunya sahaja.
Manusia yang berkeyakinan bahawa perkara yang buruk itu adalah baik.
Manusia yang telah berkeyakinan dan melihat kejahatan itu sebagai kelebihan serta menjadi kebanggaan apabila melakukannya. Golongan ini merupakan orang yang bodoh, sesat, fasiq dan sangat jahat.


Hati Tempat Pembentukan Akhlak
Hati ialah sebuah tempat penerimaan. Apabila hati dipenuhi dengan kebenaran (Al-Haq), akan melimpah sinaran cahaya ke atas anggota zahir.
Sebaliknya, jika dipenuhi dengan kebatilan, akan melimpah kegelapan ke atas anggota zahirnya (Al-Kurdi, 1377H).


Gaya Pembentukan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali
Akhlak mulia boleh dibentuk melalui latihan dan mujahadah di mana kita perlu sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada dalam diri kita selain mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan yang buruk.
Kemudian, kita perlu mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan serta menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat tercela.


BAIK AKHLAK TERBENTUK DARIPADA 3 BAHAGIAN:
1. baik akhlak bersama Allah S.W.T. dengan mengikuti segala perintah tanpa nifaq.

2. baik akhlak sesama manusia dengan menghormati yang tua, bersifat kasih sayang dengan yang muda, adil bersama rakan terdekat dan tidak menuntut balasan atau keadilan daripada manusia ramai.

3. baik akhlak terhadap diri sendiri dengan tidak mengikuti dorongan syaitan. Sesiapa yang memiliki semua tiga perkara ini nescaya akan menjadi insan terpimpin yang berkualiti dan mapan.

Fungsi Adab Dalam Pendidikan Akhlak :

o Sebagai medium komunikasi hamba dengan Allah S.W.T
o Perbezaan antara manusia dan bintang
o Asas untuk pembentukan perkara-perkara agama yang dituntut syarak
o Melambangkan ketinggian orang yang mulia dan beriman kepada Allah S.W.T

Kesimpulannya, fahamlah kita bahawa, Mencapai etika dan moral pada tahap yang tinggi dan mempunyai imej yang bersih akan berupaya menjadi batu loncatan dalam pembangunan negara ke arah peningkatan kualiti penghidupan rakyatnya berasaskan etika dan moral yang tinggi.